Info (30) Crazyyyyy (25) Funny (19) General story (19) 4SABAH (15) cUTE (6) Reviews (1)

April 27, 2013

(4 Sabah) " Daripada tiada, bagus ada"

 
 
 
 
Bn/Umno berhempas-pulas untuk mendapatkan undian Rakyat Sabah dan iklan-iklan juga kerap dipaparkan di tV1-tV3 dan siaran Astro... Bn memaparkan sumbangan-sumbangan Bn terhadap rakyat Sabah terutamanya kawasan luar-bandar. Kata-kata yang paling saya ingat...." Daripada tiada, bagus ada".....bukan menghina tapi inilah yang berlaku diSabah...biar sedikit yang penting ada...namun berapa harga yang kita perlu bayar untuk bantuan BR1M.ZINK,TANGKI-TANGKI DAN BANYAK LAGI? kita terpaksa menyerahkan 95% hasil minyak Sabah, menyerahkan Labuan, membiarkan PTI masuk dengan mudahnya dan menjadi majority dikawasan-kawasan tertentu, menyerahkan Jawatan-jawatan penting kepada orang semenanjung, menjadikan orang Sabah jenaka dimata mereka, dan semestinya menjadikan Sabah negeri termiskin di Malaysia.
 
Janganlah merasa bahawa bangunan-bangunan yang tinggi dan Bandar-Bandar besar menjadi penentu kerajaan yang baik...Kemajuan adalah adat resam dunia kini...Tapi keadilan hanya wujud bila kita menuntut keadilan tersebut.
 
Jika kita mau teruskan kebiasaan kita...sila teruskan tapi jika inginkan perubahan sila mulakan...pilihan ditangan anda dan perubahan bukan sesuatu jenayah. Jika anda sudah terbiasa dengan cara kerja kerajaan yang lambat contohnya Hospital , Pejabat Daerah ,Pejabat Pos teruskan ...
 
 
 
 

0 comments:

Popular Posts

 
Copyright © 2011. 27 September . All Rights Reserved
Home | Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Site map
Design by Herdiansyah . Published by Borneo Templates