Info (30) Crazyyyyy (25) Funny (19) General story (19) 4SABAH (15) cUTE (6) Reviews (1)

April 25, 2013

(Boston story)Rupa Kpop tapi hati Ganazzz


Remaja Boston keturunan etnik Chechen, Dzhokhar dan abangnya Tamerlan Tsarnaev adalah pemastautin tetap Amerika yang datang ke benua baru itu lebih 10 tahun yang lalu. Dzhokhar, 19, yang berjaya diberkas oleh pasukan keselamatan lewat Jumaat adalah ahli gusti yang popular di sekolah menengahnya dan kini adalah pelajar Universiti Massachusetts kerana dikenal pasti sebagai
orang yang bertanggungjawab meletupkan bom buatan sendiri di acara maraton antarabangsa Boston yang berlangsung baru-baru ini.


Mereka meletupkan dua butir bom menggunakan periuk masak bermampat tinggi yang diisi dengan bebiji besi, paku dan benda tajam yang lain. Letupan itu telah mengorbankan tiga orang termasuk seorang kanak-kanak berusia lapan tahun, seorang pelajar universiti dari China dan seorang wanita tempatan. Lebih 180 orang lagi mangsa mengalami kecederaan termasuk beberapa mangsa yang kehilangan kaki akibat letupan yang kuat itu.

Tamerlan terbunuh dalam kejadian tembak menembak dengan pasukan keselamatan yang berjaya menjejaki lokasi mereka dan mengepung mereka pada Jumaat. Pemuda berusia 26 tahun itu adalah pelajar program kejuruteraan dan meminati tinju. Namun begitu, FBI pernah menyoal siasat Tamerlan pada tahun 2011 atas permintaan sebuah negara asing tetapi tiada apa yang dapat dikaitkan dengannya. Pakcik kepada mereka Ruslan Tsarni berkata, anak-anak saudaranya itu tiba di Amerika dari Kyrgyzstan pada tahun 2003 dan diberi taraf pelarian politik.
 
 
****Rupa Kpop tapi hati Ganazzz

0 comments:

Popular Posts

 
Copyright © 2011. 27 September . All Rights Reserved
Home | Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Site map
Design by Herdiansyah . Published by Borneo Templates