August 29, 2013
Kemerdekaan ke-56 atau ke-50 ?
Berdasarkan sejarah yang kita sedia maklum kemerdekaan 11 negeri di semenanjung (Tanah Melayu) adalah pada 31 Ogos 1957 dan waktu tersebut Negara MALAYSIA belum wujud.
Manakala, Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963. Sebelum merdeka Sabah adalah sebuah negara yang dikenali sebagai North Borneo.
Selepas Tanah Melayu merdeka pada 1957 dan Sabah merdeka pada 1963, perbincangan diadakan untuk menyatukan rantau ini kepada satu negara yang lebih besar. Perbincangan tersebut melibatkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei.
Maka terbentuknya Negara Malaysia pada 16 September 1963 yang dikenali sebagai Hari Malaysia dimana hanya mula disambut pada tahun 2010 di Padang Merdeka Kota Kinabalu.
The question is, yang mana satu tarikh kemerdekaan Malaysia yang sepatutnya kita sambut? rata-rata tempat, negeri, sekolah dan seluruh Rakyat menyambut 31 ogos sebagai hari kemerdekaan ...padahal ianya kemerdekaan Tanah Melayu dan Negara Sabah?
Kebanyakan Penduduk di Sabah dan Sarawak sudah disuntik dengan tarikh kemerdekaan Tanah melayu dan kurang pendedahan tentang asal usul kemerdekaan sebenar Sabah dan Sarawak. Berbeza dengan Sabah, Sarawak mencapai kemerdekaan pada 22 Julai 1963.
Kesimpulan yang boleh dibuat:-
Kemerdekaan Tanah melayu: 31 Ogos 1957
Penubuhan Negara Malaysia: 16 September 1963
Untuk Tanah melayu kemerdekaan tahun ini untuk kali ke-56 namun Sabah dan Sarawak adalah kali ke-50 dan Hari Malaysia adalah ke -50..... oleh itu sepatutnya semua Rakyat Malaysia menjadikan 16/9 sebagai countdown!
*** Malaya berjanji bahawa pergabungan Tanah Melayu dengan SS tidak akan menurunkan taraf dua negara ini. Masihkah janji itu dipegang? 95% hasil Sabah di hantar ke Semenanjung dan Pandangan rendah Penduduk Semenanjung Malaysia terhadap Sabah menjadi bukti taraf Negeri SS sudah jauh terbenam....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Marleny Nunez Details Height: 5' 3" Weight: 0 lbs Bust: 34" Waist: 27...
-
'Saya tidak berkongsi ini kerana bagaimana sempurna ayatnya tetapi kerana berapa jelas tahap pemikiran beliau mengenai isu ini' In...
-
Bilangan kenderaan di Jalan-jalan raya kini semakin bertambah walaupun harga kereta di Malaysia masih diseliputi beban cukai yang tinggi (du...
-
Student activist Adam Adli was arrested at 3.15pm in Bangsar Utama, here to facilitate police investations under Section 124 of Sedition...
0 comments:
Post a Comment