Info (30) Crazyyyyy (25) Funny (19) General story (19) 4SABAH (15) cUTE (6) Reviews (1)

February 6, 2013

Tahap Pengangkutan awam di Sabah

Bilangan kenderaan di Jalan-jalan raya kini semakin bertambah walaupun harga kereta di Malaysia masih diseliputi beban cukai yang tinggi (duti import+ eksais+Jualan+ cukai lain) harga kereta boleh mencapai 2 x ganda harga asal. Walaupun kerajaan mengalakan rakyat menggunakan pengangkutan awam tapi pernahkah kerajaan mengkaji tahap keselesaan pengangkutan awam?

Ini ciri-ciri pengangkutan di Sabah:-

1) Kebanyakan pemandu dan pekerja bas adalah bukan orang tempatan

2) kebanyakan pekerja bus akan menyumbat seberapa banyak boleh penumpang.

3) keadaan bas yang teruk/daif ( tidak ada penyaman udara dan kerap kali memasang musik dengan kuat terutamanya lagu rock kapak) terutamanya kawasan luar bandar.

4) pemandu bas dan pekerja yang selalu kurang sopan terutamanya kepada golongan tua( customer service langsung tidak ada)

5) Perhentian bas yang kurang menyelesakan dan menjadi tempat berkumpul pendatang-pendatang asing dan menjadi tempat yang kurang selamat pada malam hari. Contohnya TERMINAL WAWASAN PLAZA



Inilah bus utama di bandar-bandar dan sekitar luar bandar



Ini pula bus yang masih digunakan di sekitar bandar dan juga bas utama di kawasan luar bandar dan pendalaman..


Bus terbaik untuk perjalanan jauh atau sekitar bandar

perkhidmatan teksi jarang digunakan disebabkan harga yang agak tinggi contohnya donggongon - kolombong dicas lebih RM 15-20 dan menjadi lebih mahal pada waktu malam atau hujan.
Ada beberapa pengangkutan yang menyelesakan tetapi kebanyakannya untuk perjalanan jauh namun pengangkutan untuk sekitar bandar atau luar bandar masih lagi daif. Hal ini ditambah teruk lagi bila tidak ada perancangan jelas untuk mewujudkan pengangkutan awam yang lebih baik pada masa hadapan walaupun sudah puluhan tahun Sabah menjadi penyumbang besar  kepada ekonomi negara.

****sejak sekolah rendah hingga dewasa bus yang diguna tetap sama yang berbeza $$$$..mau tunggu LRT? tunggu sampai kucing bertelurlah...

3 comments:

Anonymous said...

mmg pun..puii penipu betul!!

Anonymous said...

bn la penipu nie

Anonymous said...

mmg betul

Popular Posts

 
Copyright © 2011. 27 September . All Rights Reserved
Home | Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Site map
Design by Herdiansyah . Published by Borneo Templates