Info (30) Crazyyyyy (25) Funny (19) General story (19) 4SABAH (15) cUTE (6) Reviews (1)

February 6, 2013

Kekayaan tersembunyi ???


Sabah merupakan antara negeri yang mempunyai kekayaan sumber terbesar dan mempunyai potensi terbaik untuk menjadi pengeluar sumber utama negara dan Asia tenggara.....Sabah kaya dengan sumber-sumber semulajadi seperti hutan, galian, fauna, flora hinggalah ke hidupan laut. Bahan mentah seperti minyak, tembaga, emas dan batu kapur juga didapati dinegeri ini. Namun yakini bahawa Sabah antara atau yang termiskin di Malaysia..Kenapa??

1. Penyaluran hasil sumber ke Kerajaan Pusat(KP) yang melampau dan membiarkannya dikawal sepenuhnya oleh KP.. gov hanya memberikan royaliti 5% dari hasil minyak ( kemungkinan 1-2% milik pemimpin?)

2.Kehidupan /aktiviti pemimpin yang dushhh!!! ..rasuah, judi,berhibur ( RAJA JUDI 7 JUTA ada di Sabah), kahwin artis, dan tugas utama yalah MERASMIKAN apa-apa majlis.. jarang pula meredah kampung..kalau adapun untuk pengisi ruangan akhbar

3.Fakta yang sentiasa disembunyikan oleh Kerajaan... PM &KM sentiasa menafikan bahawa Sabah negeri miskin...sepatutnya kerajaan perlu rakyat sedar kedudukan mereka sekarang dengan itu kerajaan dan rakyat akan bekerja keras untuk meningkatkan ekonomi Sabah..malah suntikan ekonomi di Sabah amatlah rendah..contohnya peluang pekerjaan di Sabah amatlah terhad berbanding negeri lain terutamanya sektor Kerajaan..

4. Strategi minda rakyat... minda rakyat ditanam dengan segala bantuan-bantuan seperti BR1M,zink-zink dan banyak lagi terutamanya dibahagian pendalaman. Oleh itu menjelang pilihan raya, ini semua adalah perkara yang bermain diminda rakyat. Pada pendapat saya, sepatutnya penjanaan ekonomi di Kawasan pendalaman dibangunkan kerana terdapat banyak hasil-hasil yang dikeluarkan contohnya hasil Padi..namun bantuan pemasaran atau pemprosesan kurang dilakukan...

5. Projek yang dimonopoli oleh golongan tertentu/Projek yang ada pasang-surut. Projek yang sering dilihat adalah projek jalan raya...tapi bukan pembuatan jalan baru namun penampalan jalan ( Adakah kualiti jalan di Sabah kurang bermutu?) padahal peruntukan untuk jalan -raya adalah yang terbesar???

6.Pegantungan terhadap buruh asing. Hal ini jika dikaji bukan disebabkan ketidak mahiran atau ketidak sanggupan rakyat untuk berkerja namun sudah menjadi kebiasaan syarikat untuk mengambil pekerja asing dari dahulu (kos murah) dan mengakibatkan rakyat tempatan tidak menceburi sesuatu bidang.

7.Kebanjiran pendatang asing(PTI). PTI kini sukar untuk dibendung malah kini ekonomi terpaksa dikongsi bersama dengan mereka...(RCI??)

Apa-apa pun segala komen/rintihan rakyat bukan untuk menidakkan usaha kerajaan tapi untuk menuntut hak dan menyuarakan pendapat .....

***dushh...banyak lagi tapi biarla asal adakan??

0 comments:

Popular Posts

 
Copyright © 2011. 27 September . All Rights Reserved
Home | Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Site map
Design by Herdiansyah . Published by Borneo Templates