Info (30) Crazyyyyy (25) Funny (19) General story (19) 4SABAH (15) cUTE (6) Reviews (1)

August 31, 2013

Harga rumah di Sabah kedua termahal!


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Abdul Rahman Dahlan mendedahkan Harga rumah di Sabah adalah kedua mahal di Malaysia dengan harga purata rm 382,160 seunit. Kononnya kedudukan nombor dua itu disebabkan oleh peningkatan mendadak kos pembinaan rumah di Sabah sejak kebelakangan ini.

Menurut Pusat Maklumat Hartanah Kebangsaan (NAPIC) purata kenaikan harga rumah tahunan Malaysia adalah antara 9.96 peratus dan 12.3 peratus, manakala kenaikan harga rumah bagi Sabah sahaja ialah 8.05 peratus pada 2011 dan 13.11 peratus pada 2012.

Jelas sekali hal ini sangat membebankan rakyat Sabah kerana purata Pendapatan Di Sabah masih rendah berbanding di Semenanjung Malaysia dan juga Sarawak. Ditambah lagi para pemaju yang sentiasa berlumba mengaut keuntungan !!!

Kebanjiran pendatang asing yang membina rumah-rumah ditanah kosong secara haram tidak diambil tindakan oleh kerajaan adalah salah satu faktor utama mengapa kekurangan Tanah di Sabah.

***hasil Sabah habis dikaut yang Sabah dapat rumah mahal:)

0 comments:

Popular Posts

 
Copyright © 2011. 27 September . All Rights Reserved
Home | Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Site map
Design by Herdiansyah . Published by Borneo Templates