Info (30) Crazyyyyy (25) Funny (19) General story (19) 4SABAH (15) cUTE (6) Reviews (1)

August 31, 2013

GST: Untuk Bayar Hutang atau untuk Pembangunan Ekonomi?

"Langkah pelaksanaan GST dilihat sebagai jalan untuk mengatasi defisit fiscal Malaysia yang sudah melebar kepada RM14.9 billion"
- Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed
 
 
" Malaysia pada kedudukan negative dalam pengurusan kewangan"
- Agensi penarafan kredit dunia, Fitch Ratings


Jelas terbukti Malaysia dalam keadaan kritikal kerana telah berhutang!!

Malah rakyat digesa berjimat-cermat, Namun adakah kerajaan juga mengambil langkah berjimat cermat?



- Kos untuk dakwat kekal semasa PRU-13 memcecah Rm 7.1 Juta..

- RM450 ribu untuk menghasilkan treler Tanah Tumpahnya Darahku sempena hari kemerdekaan untuk ditayangkan di pawagam yang panjangnya hanya 2 minit 40 saat

-membeli dua buah kapal selam Scorpene RM4.52 billion dan Kos Senggaraan jangka panjang RM3.964 billion (setakat ini belum digunakan)

-membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya (yang akhirnya dimansuhkan)

- Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara dan diketuai oleh Rosmah yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari (tidak mempunyai objektif untuk meningkatkan ekonomi Negara lebih kepada bersuai kenal)

-Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta

-Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam

- Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

- Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta

- Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid.

- Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

Dan ada banyak lagi bocoran yang teruk dan ia belum termasuk kegunaan peribadi para pemimpin contoh barang kemas Rosmah...

Nampaknya dengan perlaksanaan GST rakyatlah yang akan membayar segala hutang Kerajaan? GST baik untuk menambahkan pendapatan Negara dan secara langsung meningkatkan suntikan ekonomi Negara tapi bukan untuk membayar hutang...


*** kalau Peminjam PTPTN disenarai hitam, Jadi kerajaan Malaysia pun patut disenarai hitam jugalahkan?

0 comments:

Popular Posts

 
Copyright © 2011. 27 September . All Rights Reserved
Home | Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Site map
Design by Herdiansyah . Published by Borneo Templates