Info (30) Crazyyyyy (25) Funny (19) General story (19) 4SABAH (15) cUTE (6) Reviews (1)

September 2, 2013

20 SEN?

Jadi apa cerita 20 sen nie? masuk tandas? gula-gula? atau keropok ketam?

 

Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan harga minyak RON95 dan diesel naik 20 sen berkuatkuasa tengah malam ini. Berdasarkan kenaikan itu, harga bagi RON95 ialah RM2.10 manakala harga diesel ialah RM2.
-Berita Harian(2013/09/02 - 18:44:24 PM )
      
Aiiik? Baru sambut merdeka Petrol sama Desel Naik 20 sen? Sebelum PRU dulu PM janji minyak tidak akan naik kerana kewangan Negara stabil siap janji BR1M naik? Sekarang?

Sebab apa nie?

Salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan kerana pada masa ini kerajaan menanggung subsidi sebanyak 83 sen seliter bagi RON95 dan RM1 seliter bagi diesel. Jumlah bahan api yang diperuntukkan oleh kerajaan bagi tahun ini ialah RM24.8 bilion. Pengurangan subsidi sebanyak 20 sen ini bermakna kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter bagi RON95 dan 80 sen seliter untuk diesel.
- Menteri Kewangan , Najib
Ohhh jadi pengurangan subsidilah bukan kenaikan harga Minyak global...mengikut teori ekonomi, harga purata barangan akan meningkat secara total selaras kenaikan Minyak ini ( ini memang confirmlah)..sebab minyak adalah sumber utama bagi setiap aktiviti Manusia kini...kos pengangkutan naik semua pun naiklah...

Kita punya pemimpin di Sabah apa cerita?



Orang kampong naik lembu atau Jalan kaki...jadi kerajaan peduli apa dengan orang kampung..dorang mana mampu beli kereta angkat padi, angkat sendirlah..angkat getah pikul sampai rumahlah...

**campur GST lagi nanti, yang gaji 1k kebawah belajar dari sekarang makan nasi dengan kicap jak...


Kenaikan 20 SEN PUN MO COUNTDOWN MACAM HARI MERDEKA KAH? HAHAHAHA

0 comments:

Popular Posts

 
Copyright © 2011. 27 September . All Rights Reserved
Home | Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Site map
Design by Herdiansyah . Published by Borneo Templates