Presiden AS Theodore Roosevelt
Pada November 1902,Presiden AS Theodore Roosevelt atau lebih dikenali sebagai "Teddy" telah dijemput oleh Gabenor Mississippi, Andrew H. Longino untuk pergi memburu .Presiden Roosevelt juga sedang berada dalam misi untuk menyelesaikan sengketa perbatasan antara Mississippi dan Louisiana.
Selain itu,terdapat beberapa orang lagi pemburu lain yang bersaing, dan kebanyakan mereka sudah membunuh haiwan. Pembantu Roosevelt, yang diketuai oleh Holt Collier, mengepung dan mengikat Beruang Hitam America di pokok willow selepas berhempas pulas memburu dan mengejar.
Selepas itu pembantu Roosevelt mencadangkan bahawa beliau untuk menembak mati beruang itu tetapi beliau enggan menembak beruang itu atas dasar semangat memburu dan mengarahkan beruang berkenaan dibunuh untuk mengelakkan beruang itu sengsara.
Karya CLifford Berryman
Kejadian itu menjadi topik hangat di dalam salah satu kartun politik oleh CLifford Berryman di dalam The Washington Post pada 16 november 1902.Walaupun permulaan lukisan kartun itu merupakan seekor beruang hitam dewasa yang tidak menarik, kemudian Berryman menjadikan ianya lebih comel, kecil dan menarik pada isu-isu seterusnya
Morris Michtom, seorang pemilik kedai mainan, mendapat ilham dari lukisan itu untuk mencipta mainan baru. Dia pun menghasilkan mainan seekor beruang kecil dan meletakkan beruang mainan itu dengan tanda "Teddy's bear" selepas menghantar beruang kepada Roosevelt dan mendapat keizinan untuk menggunakan nama beliau. Seterusnya mainan itu berjaya dengan serta merta dan akhirnya Michtom mengasaskan Novelti Ideal dan Toy Co.
Sehingga kini Patung "Teddy's bear" telah mendapat tempat diseluruh dunia.....