Info (30) Crazyyyyy (25) Funny (19) General story (19) 4SABAH (15) cUTE (6) Reviews (1)

September 6, 2013

Malawi Jual Pesawat Presiden untuk rakyat

Lilongwe, - Kerajaan Malawi akan menjual pesawat presiden untuk memberi makan lebih dari 1 juta rakyatnya yang kelaparan. Harga pesawat tersebut dijangka dapat memberikan pulangan sehingga  USD 15 juta(rm49.6juta)


Presiden Joyce Kota menjadikan jualan pesawat tersebut sebagai prioriti pemerintahannya.

"Dana USD15 juta yang kami dapat dari penjualan jet presiden akan digunakan untuk membeli jagung tempatan untuk membantu memberi makan rakyat yang menderita, dan sebahagian lagi digunakan untuk pengeluaran kacang," 
- juru cakap Kementerian Kewangan Malawi Nations Msowoya seperti dilaporkan oleh The Nation, Jumaat (6/9/2013).

Jualan pesawat kepada syarikat Virgin Islands, Bohnox Enterprise itu telah diumumkan Mei lalu. Jet mewah itu dapat mengeringkan perbendaharaan negara. Sebabnya, kos penyelenggaraan dan insurannya mencapai USD300 ribu setahun.

Presiden kini yang menggantikan Mutharika yang meninggal akibat serangan jantung pada April 2012, mendapat pujian penderma Barat atas langkah-langkah penjimatan yang dilakukannya.

Wanita itu bahkan telah menurunkan gajinya sebanyak 30 peratus dan berjanji akan menjual 35 kereta negara Mercedes Benz yang digunakan para menteri cabinet.


sumber: Detiknews


***Malaysia bila lagi mau jual Kapal selam yang berharga berbilion2 tu? Sekarangkan hutang Negara mencapai RM622.022 billion..


0 comments:

Popular Posts

 
Copyright © 2011. 27 September . All Rights Reserved
Home | Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Site map
Design by Herdiansyah . Published by Borneo Templates