Info (30) Crazyyyyy (25) Funny (19) General story (19) 4SABAH (15) cUTE (6) Reviews (1)

August 31, 2013

GST: Untuk Bayar Hutang atau untuk Pembangunan Ekonomi?

"Langkah pelaksanaan GST dilihat sebagai jalan untuk mengatasi defisit fiscal Malaysia yang sudah melebar kepada RM14.9 billion"
- Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed
 
 
" Malaysia pada kedudukan negative dalam pengurusan kewangan"
- Agensi penarafan kredit dunia, Fitch Ratings


Jelas terbukti Malaysia dalam keadaan kritikal kerana telah berhutang!!

Malah rakyat digesa berjimat-cermat, Namun adakah kerajaan juga mengambil langkah berjimat cermat?



- Kos untuk dakwat kekal semasa PRU-13 memcecah Rm 7.1 Juta..

- RM450 ribu untuk menghasilkan treler Tanah Tumpahnya Darahku sempena hari kemerdekaan untuk ditayangkan di pawagam yang panjangnya hanya 2 minit 40 saat

-membeli dua buah kapal selam Scorpene RM4.52 billion dan Kos Senggaraan jangka panjang RM3.964 billion (setakat ini belum digunakan)

-membelanjakan RM3.2 billion untuk pelaksanaan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sepanjang lima tahun pertama pelaksanaannya (yang akhirnya dimansuhkan)

- Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang melibatkan 15 orang wanita isteri Ketua-ketua Negara dan diketuai oleh Rosmah yang majoritinya daripada negara-negara Afrika yang menelan belanja RM4.5 juta untuk tempoh TIGA hari (tidak mempunyai objektif untuk meningkatkan ekonomi Negara lebih kepada bersuai kenal)

-Projek e-mel 1Malaysia yang menelan belanja RM50 juta

-Rosmah dan Najib sewa penthouse di Hotel Darling di Sydney pada kadar RM65,100untuk sehari semalam

- Satu laman web 1pengguna bagi Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dibina dan diselenggarakan dengan belanja RM1.4 juta.

- Perbelanjaan kempen 1Malaysia yang dibayar kepada APCO sebanyak RM76.8 juta

- Dua kali menanggung kerugian (bailout) oleh Malaysia Airline System (MAS) yang berjumlah sebanyak RM7.9 billion. Pada ketika MAS berhadapan dengan kerugian pada saban tahun, sebanyak RM1.5 juta telah dibelanjakan untuk membeli TIGA buah lukisan untuk menghiasi pejabat pengerusi MAS, Munir Majid.

- Menanggung kerugian Eye of Malaysia – RM30 juta dan RM5.7 juta dalam bentuk pemberian tiket percuma.

Dan ada banyak lagi bocoran yang teruk dan ia belum termasuk kegunaan peribadi para pemimpin contoh barang kemas Rosmah...

Nampaknya dengan perlaksanaan GST rakyatlah yang akan membayar segala hutang Kerajaan? GST baik untuk menambahkan pendapatan Negara dan secara langsung meningkatkan suntikan ekonomi Negara tapi bukan untuk membayar hutang...


*** kalau Peminjam PTPTN disenarai hitam, Jadi kerajaan Malaysia pun patut disenarai hitam jugalahkan?
Posted on 9:16 PM / 0 comments / Read More

Harga rumah di Sabah kedua termahal!


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Abdul Rahman Dahlan mendedahkan Harga rumah di Sabah adalah kedua mahal di Malaysia dengan harga purata rm 382,160 seunit. Kononnya kedudukan nombor dua itu disebabkan oleh peningkatan mendadak kos pembinaan rumah di Sabah sejak kebelakangan ini.

Menurut Pusat Maklumat Hartanah Kebangsaan (NAPIC) purata kenaikan harga rumah tahunan Malaysia adalah antara 9.96 peratus dan 12.3 peratus, manakala kenaikan harga rumah bagi Sabah sahaja ialah 8.05 peratus pada 2011 dan 13.11 peratus pada 2012.

Jelas sekali hal ini sangat membebankan rakyat Sabah kerana purata Pendapatan Di Sabah masih rendah berbanding di Semenanjung Malaysia dan juga Sarawak. Ditambah lagi para pemaju yang sentiasa berlumba mengaut keuntungan !!!

Kebanjiran pendatang asing yang membina rumah-rumah ditanah kosong secara haram tidak diambil tindakan oleh kerajaan adalah salah satu faktor utama mengapa kekurangan Tanah di Sabah.

***hasil Sabah habis dikaut yang Sabah dapat rumah mahal:)
Posted on 6:04 AM / 0 comments / Read More

August 30, 2013

Immortal Song?


Before, I never interested with any Korean Singer (K-pop) but recently after watching  one of Korean reality programme called "Immortal Song" gain my attention.  This programme involve all idol stars. The idol stars will sing the songs of veteran singers and then be judged by the original singers themselves. Through random draw, are chosen  singer will battle each other and winner will battle with other singers.

After experiences the Programme, I must say Norazo was the best and amazing singer duo I've seen so far with the higher range of vocal...

Watch here:-


Apart of them, Ailee also got some quality and several Korean singers who join this Programme quite good and creative.

Here some :-

 
Posted on 5:05 AM / 0 comments / Read More

Addational History we must know....

            
         Video that give information that you can't find at any history text book in schools.



                                                                           watch vid:-

 
 
Posted on 4:31 AM / 0 comments / Read More

August 29, 2013

Kemerdekaan ke-56 atau ke-50 ?

 


Berdasarkan sejarah yang kita sedia maklum kemerdekaan 11 negeri di semenanjung (Tanah Melayu) adalah pada 31 Ogos 1957 dan waktu tersebut Negara MALAYSIA belum wujud.


Manakala, Sabah telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1963. Sebelum merdeka Sabah adalah sebuah negara yang dikenali sebagai North Borneo.

Selepas Tanah Melayu merdeka pada 1957 dan Sabah merdeka pada 1963, perbincangan diadakan untuk menyatukan rantau ini kepada satu negara yang lebih besar. Perbincangan tersebut melibatkan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei.

Maka terbentuknya Negara Malaysia pada 16 September 1963 yang dikenali sebagai Hari Malaysia dimana hanya mula disambut pada tahun 2010 di Padang Merdeka Kota Kinabalu.

The question is, yang mana satu tarikh kemerdekaan Malaysia yang sepatutnya kita sambut? rata-rata tempat, negeri, sekolah dan seluruh Rakyat menyambut 31 ogos sebagai hari kemerdekaan ...padahal ianya kemerdekaan Tanah Melayu dan Negara Sabah?

Kebanyakan Penduduk di Sabah dan Sarawak sudah disuntik dengan tarikh kemerdekaan Tanah melayu dan kurang pendedahan tentang asal usul kemerdekaan sebenar Sabah dan Sarawak. Berbeza dengan Sabah, Sarawak mencapai kemerdekaan pada 22 Julai 1963.

Kesimpulan yang boleh dibuat:-

Kemerdekaan Tanah melayu: 31 Ogos 1957
Penubuhan Negara Malaysia: 16 September 1963

Untuk Tanah melayu kemerdekaan tahun ini untuk kali ke-56 namun Sabah dan Sarawak adalah kali ke-50 dan Hari Malaysia adalah ke -50..... oleh itu sepatutnya semua Rakyat Malaysia menjadikan 16/9 sebagai countdown!


***  Malaya berjanji bahawa pergabungan Tanah Melayu dengan SS tidak akan menurunkan taraf dua negara ini. Masihkah janji itu dipegang? 95% hasil Sabah di hantar ke Semenanjung dan Pandangan rendah Penduduk Semenanjung Malaysia terhadap Sabah menjadi bukti taraf Negeri SS sudah jauh terbenam....
Posted on 10:45 PM / 0 comments / Read More

GST COMING SOON?


Kerajaan Malaysia mungkin memasukkan 4 peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam belanjawan yang akan dibentangkan Oktober depan bagi menangani defisit fiskal yang meningkat... kepada RM14.9 bilion, lapor akhbar tempatan.

 Hint....


 "Saya tidak menolak (GST), ia dalam perancangan. Tetapi biar kita tunggu sehingga belanjawan. Ia pakej untuk semua orang,"
 - Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah


****lets face it, we will experience's GST completely soon!! Thus start now we must adjust to the bad economic situation...

Posted on 7:10 AM / 0 comments / Read More

August 28, 2013

Bergelak dengan kumpulan cerita MOP Papua :{hahahhaah)

Info pengenalan:
Papua adalah sebuah Pulau bagian paling timur Indonesia West New Guinea (Irian Jaya).Orang Belanda menyebut pulau Irian Jaya atau Papua sekarang dengan sebutan New Guinea yang berawal dari seorang pelaut Spanyol yakni Ynigo Ortez de Retes (1545) yang menyebut “Neuva Guinea” (Guinea Baru).
 
Epen Kah Cupen Toh (EKCT) adalah Sebuah rancangan kumpulan cerita Mop Papua dimana dengan misi membudayakan budaya senyum, kebersamaan dan ke solidaritasan di Indonesia.

Jom ketawa bersama........................................

 
 

 

 
Dan banyak lagi di....Epen Cupen vid

**sesuai untuk menghilangkan stress:)
Posted on 9:08 PM / 0 comments / Read More

August 18, 2013

Bilakah operasi buru PTI dilaksana?


Sebelum ini Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan kerjasama polis, Jabatan Imigresen dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) telah berjanji akan melancarkan operasi bersepadu secara besar-besaran selepas Hari Raya Aidilfitri ini bagi mengesan dan menahan pendatang tanpa izin di negara ini.

Mengesan dan menahan?? jadi penghantaran balik?

Kononnya  operasi ini meliputi kawasan perniagaan, perladangan, kilang dan kawasan pembinaan di seluruh Negara... kawansan Bandar pun perlu!!!!.....

The big Q ...bila? Jangan kata operasi rahsia last-last tidak pun dibuat.....


Jadi BILA????? JANGAN PURA-PURA LUPA?
Posted on 6:02 AM / 1 comments / Read More

Popular Posts

 
Copyright © 2011. 27 September . All Rights Reserved
Home | Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Site map
Design by Herdiansyah . Published by Borneo Templates