Info (30) Crazyyyyy (25) Funny (19) General story (19) 4SABAH (15) cUTE (6) Reviews (1)

February 6, 2013

ANIME BERSIRI YANG MEMBERI IMPAK TERBESAR DI MALAYSIA

Kini animasi-animasi bersiri menjadi kegilaan remaja maupun golongan dewasa. Hal ini tidak dapat disangkalkan lagi bila kewujudan pelbagai kelab peminat dan cosplay-cosplay.
Di bawah adalah senarai animasi/anime yang memberi impak maksimum kepada pengemar- pengemar film animasi:-

1.Dragon Ball/Mutiara Naga

Ditulis oleh Akira Toriyama pada tahun tahun 1984. Dragon ball berkisarkan pegembaraan seorang budak bernama Goku untuk mengumpul 7 biji mutiara naga (dragon ball) bersama beberapa temannya ( Bulma dan banyak lagi). Didalam usaha untuk mencari mutiara naga ini mereka menempuhi pelbagai rintangan dan halangan termasuk musuh-musuh yang juga mempunyai tujuan yang sama untuk mencari mutiara naga yang dikatakan mampu memenuhi segala permintaan kepada sesiapa yang berjaya mengumpul ketujuh-tujuh mutiara naga.
perkara/ ayat yang menjadi ingatan :-
- "Dragon Ball ada 7 biji!!!"
- Goku menjadi super saiyan sewaktu menentang Freeza..
- kame-kame haaaaaa..........
- Ahad jam 9.30-10.00 pagi..

2. Doremon

Ditulis oleh Fujiko F. Fujio dan mula ditayangkan pada  December 1969 dan merupakan anime terbaik pada zamannya. Menceritakan tentang budak yang malas bernama Nobita yang selalu ditimpa malang didatangi  oleh sebuah robot kucing bernama Doraemon yang datang dari abad ke-22. Doremon ditugaskan untuk membantu nobita dari ditimpa nasib buruk pada masa akan datang.
perkara/ ayat yang menjadi ingatan
- pintu suka hati / buluh terbang!!!!!!
- ang ang ang …dok de or diesuki doraemonnn...
- Doremon yang takut dengan tikus
- Dorayaki...

3.One Piece

Ditulis oleh Eiichiro Oda  pada 1997 di Shonen Jump terbitan Shueisha dan mulai di jadikan versi TV pada 1999 dan hingga kini masih lagi berlanjutan. OP menceritakan pengembaraan seorang pemuda bernama Monkey D Luffy dalam usahanya menjadi raja Lanun ( King of Pirate) dan di sepanjang perjalanannya, luffy mencari ahli yang akan turut serta dalam pengembaraanya. Di sepanjang pengembaraan tersebut, luffy dan kawan-kawannya akan menempuhi pelbagai halangan dan rintangan terutamanya dari Pihak Marin dan Lanun. Anime/manga ini penuh pelbagai peristiwa lucu,sedih dan mendebarkan.
perkara/ ayat yang menjadi ingatan
- Gomu Gomu No Gatling
-"I'm  Monkey D Luffy and I am going to be king of the pirates"
- Nakama dan mugiwara
- Semua babak dimana Luffy mendapatkan ahli baru( nakama)
- superrrr, "Yohohohoho",Nami-swan

4.Naruto

Ditulis / reka oleh Masashi Kishimoto. Kisah Naruto mengisahkan seorang perjalanan  budak bernama Naruto Uzumaki  menjadi seorang ninja yang bercita-cita ingin menjadi Hokage ( Ketua kepada ninja di kampung Daun( leaf). Konflik terjadi bila kawan baiknya Sasuke meninggalkan Kampung Daun dan Naruto berusaha untuk membawanya pulang.

perkara/ ayat yang menjadi ingatan :-
- To become Hokage is my dream!"
- Sasuke and sharingan
- chakra, Shuriken, jutsu, Bunshin no Jutsu

****** My internal fav is One Piece



2 comments:

Anonymous said...

Ang..ang to te kudai suki doreamoouuun...

Anonymous said...

Minaaa ...mugiwara pirate...

Popular Posts

 
Copyright © 2011. 27 September . All Rights Reserved
Home | Company Info | Contact Us | Privacy policy | Term of use | Widget | Site map
Design by Herdiansyah . Published by Borneo Templates